Tuesday, 6 December 2011

Unit 2 Mengurus diri

Mengurus diri amat penting.Mengurus diri terbahagi kepada dua iaitu kesihatan diri dan imej diri.Seseorang yang dapat mengurus diri pastinya akan menjaga dirinya sendiri selalu sihat, berdisiplin, berdikari dan yakin kepada diri.Selain itu, kita perlu makan makanan yang seimbang.Makanan yang seimbang mengandungi nutrien, mineral, vitamin dan air untuk mengekalkan kesihatan badan.Kita juga perlu menjaga kebersihan diri.Kita perlu mandi sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Aktiviti riadah merupakan salah satu aktiviti dalam mengurus diri.Bersenam dapat membakar lemak dalam badan.Mengekalkan kesihatan diri penting kerana badan sihat otak cergas.Imej diri pula merangkumi bersopan santun, memberi candangan yang bernas dan berpakaian sesuai.Kita akan lebih yakin terhadap diri kita apabila imej diri dipertingkatkan

Kawan-kawan, kenapa kita mesti mengurus diri kita?





No comments:

Post a Comment