Monday, 12 December 2011

Unit 6 Mengenali Malaysia

Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa.Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 733 km persegi.Malaysia terdiri daripada tiga belas buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan Putrajaya.

Friday, 9 December 2011

Unit 5 Budaya Tradisional Malaysia


Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita.Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni dan sebagainya.Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.

Thursday, 8 December 2011

Unit 4 Kehidupan Sekolah




Ahli sekolah terdiri daripada guru besar, guur-guru, kerani, penjaga sekolah dan penjaja kantin.Oleh itu, kami sebagai murid juga perlu memberi salam kepada mereka.


Wednesday, 7 December 2011

Saya cinta akan keluarga saya





Ahli keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan kita.Oleh itu, kita mestilah berterima kasih  kepada mereka atas pengorbanan dan sumbangan mereka.Kita boleh berterima kasih kepada mereka dengan melukis kad terima kasih.


Cubalah melukis kad terima kasih kepada ahli keluarga anda?

Carta pokok keluarga

Carta pokok keluarga Cik CT.


Bolehkah anda menyatakan pokok keluarga anda?Bolehkah anda menyatakan hubungan di antara setiap ahli keluarga?


Unit 3 Mengenali keluarga sendiri

Ahli keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan adik-beradik.Kita mesti memahami kegemaran setiap ahli keluarga termasuklah kegemaran makanan, minuman, warna dan hobi mereka.Kita juga perlu menjaga tingkah laku diri sama ada diterima atau tidak oleh ahli keluarga.Faham-memahami antara satu sama lain dapat mengelakkan perselisihan faham.Ahli keluarga saling hormat-menghormati dapat mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni.Kita mesti bangga terhadap keluarga kita.

Warning Up 2

Warning up juga boleh dijalankan dengan berbantukan muzik.

Warning Up

Bersenam untuk kesihatan badan.Sebelum melakukan aktiviti, warning up penting untuk mengelakkan kecederaan.Video di bawah menunjukkan beberapa jenis aktiviti warning up.

Tuesday, 6 December 2011

Makanan Yang Seimbang

Kita mesti makan makanan yang seimbang.Makanan yang seimbang mengandungi zat makanan berkhasiat, mineral, vitamin dan air yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan kita.Kita juga perlu minum sebanyak lapan gelas air sehari.

Gambar di bawah menunjukkan piramid makanan.Piramid makanan menunjukkan apa makanan yang perlu kita makan banyak dan apa makanan yang tidak boleh makan banyak.

Piramid Makanan

Sila nyatakan bagaimanakah kita mengamalkan tabiat makan makanan seimbang?

Unit 2 Mengurus diri

Mengurus diri amat penting.Mengurus diri terbahagi kepada dua iaitu kesihatan diri dan imej diri.Seseorang yang dapat mengurus diri pastinya akan menjaga dirinya sendiri selalu sihat, berdisiplin, berdikari dan yakin kepada diri.Selain itu, kita perlu makan makanan yang seimbang.Makanan yang seimbang mengandungi nutrien, mineral, vitamin dan air untuk mengekalkan kesihatan badan.Kita juga perlu menjaga kebersihan diri.Kita perlu mandi sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Aktiviti riadah merupakan salah satu aktiviti dalam mengurus diri.Bersenam dapat membakar lemak dalam badan.Mengekalkan kesihatan diri penting kerana badan sihat otak cergas.Imej diri pula merangkumi bersopan santun, memberi candangan yang bernas dan berpakaian sesuai.Kita akan lebih yakin terhadap diri kita apabila imej diri dipertingkatkan

Kawan-kawan, kenapa kita mesti mengurus diri kita?





Sunday, 4 December 2011

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Berikut merupakan cara-cara untuk membantu anda berjaya dalam pelajaran.
memcari maklumat
menanya                                
membaca

 
Selain cara-cara ini, apa lagi caranya? Bincangkan.

Saturday, 3 December 2011

Unit 1 Mengenali diri

Setiap orang mestilah mengenali tentang kelebihan dan kelemahan diri, termasuklah tingkah laku dan ilmu pengetahuan.Mengenali kelebihan dan kelemahan diri untuk membantu dirinya sendiri memperbaiki kelemahan tetapi memperkasakan kelebihan.Selain itu, penambahan ilmu pengetahuan seseorang juga penting.Kadang-kala, kita  boleh belajar sesuatu daripada pengalaman orang lain.Oleh yang demikian, barulah dapat meningkatkan keyakinan diri dan dihormati oleh orang lain.

Adakah kamu mengenali kelebihan dan kelemahan diri? Bagaimanakah kamu dapat mengenali kelebihan dan kelemahan diri?